SIAPA SAYA?
Nama saya Mohd Firdaus Mohd Sani dan lebih
dikenali dengan nama firdaussani. Saya merupakan usahawan internet separuh
masa dan sudah lebih 2 tahun dalam bidang ini. Saya mempunyai pengalaman
dalam bidang perniagaan sejak saya kecil lagi. Perniagaan internet saya bermula dari perniagaan ebay dan seterusnya mengorak langkah menguruskan perniagaan berbentuk ebook, affiliate, e-commerce, blogging, dan juga perkhidmatan menyediakan website. 
Dengan adanya perniagaan internet, anda boleh merahsiakan pendapatan anda dan ia juga sebenarnya satu perniagaan yang "smart". "Smart" bermakna anda jalankan dan uruskan perniagaan anda dari rumah tanpa perlu menyewa kedai seperti perniagaan konvensional atau "offline" yang memerlukan kos "overhead" yang tinggi. Bagi saya, biarlah perniagaan yang kita jalankan "smart", "low cost", dan "high profit margin".
Pengalaman dan kebolehan
Saya juga mempunyai kebolehan dan atau boleh dikatakan berbakat dalam seni muzik di mana saya boleh bermain hampir semua alat muzik. Sebelum ini saya pernah menguruskan perniagaan berbentuk "entertainment service" a.k.a "jamming studio" di mana syarikat saya menawarkan perkhidmatan penyediaan "sistem" siaraya untuk majlis-majlis rasmi, majlis perkahwinan, "family day", sekolah, "hotel" dan sebagainya (kerajaan dan swasta). Syarikat ini juga menawarkan perkhidmatan "band boy" untuk majlis-majlis rasmi, perkahwinan dan juga "event-event" yang lain di mana pada masa itu saya memegang jawatan sebagai seorang Pengurus Teknikal dan juga salah seorang anggota "band boy" yang turut serta bermain bersama apabila menerima projek dari sektor kerajaan atau swasta.:-) Syarikat kami dikatakan hampir terkenal seluruh Melaka, Johor dan Negeri Sembilan dalam penyediaan perkhidmatan sistem siaraya dan "band boy" kerana band yang dipersembahkan untuk majlis menepati citarasa pengunjung dan pelanggan tidak kira muda sampailah ke tua.
Sehinggalah pada tahun 2008 setelah 3 tahun melakukan perniagaan "offline" saya mengambil keputusan mengundur diri disebabkan komitmen terhadap perniagaan internet. Saya menyerahkan semua syer perniagaan saya kepada rakan seperniagaan saya. Saya rasakan inilah masanya fokus kepada perniagaan "global" dan "smart". Perniagaan internet juga boleh dikatakan perniagaan "SOHO, "Small Office Home Office".
Perniagaan internet saya bermula dengan perniagaan ebay. Kenapa saya memilih ebay sebagai permulaan perniagaan saya dan juga saya rasakan ebay adalah bisnes utama saya?
Ebay
Apa itu Ebay? Dilancarkan pada tahun 1995, eBay dikenali sebagai tempat perdagangan online mengumpulkan pelbagai produk di seluruh dunia. eBay merupakan pasaran global di mana syarikat dan individu boleh membeli dan menjual hampir apa pun. Anda tidak perlu mendaftar untuk melihat apakah produk yang dijual di ebay, tetapi anda perlu mendaftar jika anda ingin membeli atau menjual. eBay kini merupakan tempat atau laman web jualan terbesar di dunia malah mengatasi Amazon yang lebih senior berbanding ebay!! Beli sahaja barang yang diingini di ebay. Terdapat bermacam-macam produk didagangkan di ebay. Anda boleh membeli apa sahaja produk pada harga yang amat kompetitif. Adakah anda mencari produk elektronik terbaru, pakaian berjenama, barang antik, mainan kegemaran anda, furniture untuk rumah anda atau bahkan handphone baru, eBay mempunyai sesuatu untuk anda. Ada banyak cara untuk membeli, sehingga anda dapat memilih format pembelian yang terbaik untuk anda.
Jual produk di ebay
Ingin menghasilkan wang di eBay dengan SENANG!!. Jutaan orang seperti anda menjual di eBay kerana mereka mahukan:
• Pendapatan tambahan.
• Kebebasan Kewangan
• Memulakan perniagaan sendiri.
• Cuti Sepanjang Tahun dengan hanya berniaga di ebay.
Dengan jutaan pembeli dan sistem yang mudah dan ringkas, eBay adalah tempat yang tepat untuk menjual dan merupakan tempat paling selamat untuk perdagangan online.
Kenapa jual di eBay
• Ramai pembeli yang sanggup membeli barangan anda dalam sekelip mata. Ini adalah kerana berjuta-juta pelawat setiap hari.
• Ramai orang kini membuat duit di ebay. Malah ada diantaranya telah pun menjadi jutawan dengan hanya menjual produk di ebay dari rumah.
• Mudah. Ebay menyediakan satu platform yang mudah untuk semua. Malah ia kini didapati di kebanyakan Negara seperti UK, US, Europe, India, Malaysia, Singapore, Filipina, Australia dan banyak lagi.
• Pelbagai cara. Di ebay anda boleh menggunakan cara lelongan atau dengan harga tetap. Anda boleh menggunakan kedua-duanya bagi memaksimakan jualan anda.
• Kemudahan pembayaran. Ebay telah menyediakan satu platform pembayaran yang diiktiraf di seluruh dunia dan lebih dari 100 juta pengguna di seluruh dunia iaitu paypal sebagai medium pembayaran.
• Pembayaran melalui kad kredit/kad debit/VCC. Pembayaran menggunakan kad kredit/kad debit/VCC adalah kelebihan utama dalam menjual barangan di internet. Ia sangat mudah dengan paypal. Ini adalah kelebihan ebay jika anda ingin menjual produk di ebay. Teramatlah rugi jikalau anda sia-siakan peluang ini. Setiap tahun pertambahan penjual dan pembeli di seluruh dunia memberikan impak yang besar dan keuntungan besar di ebay.
KELEBIHAN DAN KEPAKARAN PERNIAGAAN INTERNET
Berikut adalah perkara-perkara yang dalam bidang saya sekiranya anda ingin bertanya, berkongsi atau berbincang dengan saya.
- Ebay
- Grafik photoshop
- Web design (PHP/MYSQL)
- Music lesson
- E-commerce & Online Business
- Online Marketing
Saya sedia menerima cadangan atau pendapat dan inginkan khidmat nasihat dari saya. Lawati blog saya untuk mengetahui berita-berita terkini mengenai perniagaan internet. Terima kasih atas sokongan anda dan jikalau ada apa-apa kemusykilan atau pertanyaan boleh utarakan pertanyaan anda di ruangan hubungi saya.

SIAPA SAYA?


