Memborong Produk Fizikal di Alibaba dan Jual di Ebay/Offline..Version 1

Posted by firdaussani | Posted in Alibaba | Posted on 11-11-2009

12

Salam,

Pada kali ini saya ingin berkongsi sedikit teknik yang saya gunakan bagaimana untuk mendapatkan produk borong di alibaba dan dijualkannya di ebay ataupun offline platform. Seperti yang anda sedia maklum, di Alibaba terdapat beribu2 pemborong dari seluruh dunia yang menawarkan pelbagai perkhidmatan mereka. Kita hanya melakukan perjanjian perniagaan dengan mereka hanya di hujung jari sahaja!! Menarik bukan.. :-)

Alibaba

Apakah kebaikan Alibaba?

Kebaikan Alibaba adalah kerana kita boleh mendapatkan produk-produk dari seluruh dunia pada harga termurah serta kompetitif, bermaksud apa sahaja produk yang jarang didapati di sini (Malaysia), kita boleh dapatkannya di Alibaba. Tetapi, untuk melakukan perjanjian jual beli dengan mereka kebanyakannya pemborong mengkehendaki pembeli membeli secara borong/pukal.

Walaupun di Alibaba terdapat beribu-ribu pemborong yang aktif 24/7, cuma saya nasihatkan anda perlu berhati-hati dengan scammers/fraud company. Anda mudah tertipu dengan mereka jikalau anda tidak berhati-hati.

Dengan adanya platform Alibaba anda bebas memilih produk untuk dijualkan di negara anda. Tidak semestinya anda jual di Ebay, anda bole jualnya di platform-platform offline, ataupun jikalau anda mempunyai modal anda boleh jadi pembekal tetap dari Negara luar untuk membekal produk anda dari luar ke Malaysia.

Seterusnya, pada post selepas ini, saya akan dedahkan bagaimana melakukan perjanjian secara selamat melalui Alibaba. :-)

Sphere: Related Content

  • Share/Bookmark

Comments posted (12)

Good job Fir ! Aku harap ko dapat teruskan perkongsian ni.
Dalam keadaan ekonomi yang tak menentu ni, ilmu yang ko kongsikan bakal membantu ribuan rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu yg semakin terpinggir dari sudut ekonomi…

Part paling penting aku rasa dah tentulah ilmu macam mana nak deal dengan selamat tanpa ditipu oleh scammers Alibaba.com !

TQ

Yup..Saya akan kongsikan pengalaman saya berniaga di ebay..Insyaallah..
Apapun terima kasih kerana beri komen di sini..chayokk..

Bagusnya sumber produck fizikal semua dapat dicari di sini..cuma apabila produk yang dibeli dari Alibaba.com apabila sampai Malaysia,bagimana pula dengan cukai kastam..agaknya tinggi tak?

enkha..bergantung kepada barang..setakat ni order saya 1000 ke 2000USD tiada masalah..kastam dilepaskan..

Berminat betul nak test jual product fizikal..mungkin awal thun 2010 akan start,skrg tengah dalam perancangan rapi,nak consider,kos bajet ,tempat, barang nk jual apa semua..kalau tak da masalah sangat dengan kastam,harap lepas ni dapat cuba,kalau tak buat sampai bila nak ada pengalaman kan? Thank for the great sharing :-)

bagus tu enkha..perancangan yang tepat..produk fizikal jangan diabaikan, xsemestinya jual di ebay, mana la tau anda bole jadi pembekal di tempat anda for offline platform..lagi banyak backup bisnes lagi bagus..amat2 digalakkan.. :-)

Thanks bro, memang saya dah dapatkan ebook sumber produk ebay dan ia telah membuka mata saya kepada peluang business eBay melalui alibaba.com dan lain2. Saya tunggu post bro yg seterusnya. :)

Thanks omecool..tindakan yang bijak membeli ebook tersebut..walaupun sesetengah ebayer dah tau, tapi kepada yang masih baru di ebay boleh dapatkan ebook tersebut, tambah2kan ilmu.. :-)

Bro, boleh mintak tips sikit tak?
Saya dah try usha alibaba.com tapi
bila baca kat forum alibaba + lain forum,
mostly scammers je. Takut bro….

Bro bayar guna WU ke? Selamat ke cara tu?
Kalau boleh bantu tolong bro email kat saya
bro apa2 tips atau RAHSIA ke…

huzai8879@gmail.com

Thanks banyak bro !

kalau bole company tu 3 years Gold Supplier ke atas..kalau 5 years memang dah ok la tu..yup, bayar pakai western union..memang tidak dinafikan alibaba ramai scammers..taip aja di google [nama company + scammers + fraud]..tgk di forum, ada website, bole menghubungi mereka dari website dan email.. :-)

Tp x semestinyer tgok pada gold suplier sajer..jangan bergantung sngt pada sign gold tu..sbb dekat alibaba memang diorg boleh byr lebih utk dptkan gold supplier punyer sign. x kira la 3,5,7 thn..
So bnykkan research..

Yup, betul..apapun ia terletak dari hasil kajian anda di Alibaba.. :-)

Write a comment